Siapa Sangka, 5 Selebriti Timang Cahaya Mata November Ini

Siapa Sangka, 5 Selebriti Timang Cahaya Mata November Ini

Nampaknya bulan November ramai selebriti berkongsi khabar gembira apabila mereka menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Berikut kami senaraikan 5 selebriti yang menerima cahaya mata di bulan November ini.

1. Lufya dan Che Hafiz

“Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah syukur our princess #babyL selamat dilahirkan secara normal dan bayi dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya.Dilahirkan pada tarikh 11.11.17 jam 6.32 petang dengan berat 3.39 kilogram.Terima kasih Dr. Arifah yang dibantu oleh suami @chehafiz007 menyambut kelahiran Baby L dengan baik,”

Penyanyi, Lufya selamat melahirkan bayi perempuan sulung secara normal di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara pada petang Sabtu.Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, suami, Che Muhammad Hafiz yang memotong tali pusat bayi mereka serta memberi sokongan padanya ketika di dalam bilik bersalin.

2. Fouziah Gous dan Zhafran Yusof

Another baby boy! , Fouziah Gous telah selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki malam tadi. Anak kedua bagi pasangan ini yang masih belum diumumkan namanya dilahirkan malam tadi (9 November) pada jam 8.15 malam seberat 3.04kg.

Fouziah berkahwin dengan Zhafran pada 21 September 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan yang bakal menginjak usia dua tahun pada 26 November ini.

3. Nina Ismail Sabri dan Jovian Mandagie

Isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Nina Sabrina Ismail Sabri selamat melahirkan bayi perempuan mereka pada 1 November yang lalu. Berita gembira itu dikongsi oleh Jovian menerusi akaun Instagram (IG)nya beserta foto jari anaknya.Dia juga menyatakan rasa syukur dengan kehadiran anak sulungnya dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan keluarganya.

4. King Coco dan Captain Azrin

Pada 8 November lalu,selebriti penuh kontroversi, King Coco selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di sebuah hospital swasta.Rata-rata peminat yang mendapat tahu mengenai perkara itu penuh membanjiri ruangan komen, untuk mengucapkan kata-kata tahniah kepada Coco dan juga suami.

Ramai juga yang tidak sabar menantikan apakah nama yang bakal diberikan oleh Coco kepada bayi comel mereka itu. Lots of mix!

5. Syaheera Rahman Dan Fad Bocey

Kalau dah minat memang tidak dapat dipisahkan. Isteri kepada Fad Bocey, Syaheera Rahmanatau lebih mesra disapa sebagai Sya dikhabarkan bakal melahirkan anak ketiga mereka hari ini.

Perkembangan terkini Sya, beliau kini sedang menunggu saat untuk melahirkan anak mereka pada hari ini. Semalam (12 November) Sya yang suka berkongsi resipi masakan sempat lagi menumbuk sambal bagi menyediakan makan malam mereka. Terdahulu, hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki. Semoga dipermudahkan hendaknya buat keluarga ini.

sumber : hangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*