Tips Merawat Jerawat Di Muka Secara Semulajadi

Tips Merawat Jerawat Di Muka Secara Semulajadi

Jerawat dan manusia berpisah tiada, merawat jerawat di muka akan menjadi carian paling popular di zaman yang serba moden ini. Terutamanya bagi remaja yang sedang dalam proses peralihan zaman kanak-kanak kepada zaman remaja.

Masalah jerawat juga tidak terhad kepada remaja sahaja, di kalangan dewasa juga tidak terkecuali dengan isu jerawat di muka. Terutamanya di kalangan kaum wanita yang begitu sensitive dengan isu ini.

Begitu juga dengan kalangan wanita yang berumur 40-an dan  50-an ke atas juga akan mengalami masalah jerawat yang lebih dikenali dengan “jerawat batu” yang pasti akan memberi trauma kepada sesiapa yang mengalaminya.

Bukan hanya wanita sahaja yang mengalami isu jerawat sahaja tetapi lelaki juga mengalami masalah ini. AM sendiri juga sentiasa ada sahaja jerawat yang timbul di muka.

Mungkin beberapa tips ini dapat membantu untuk menghilangkan atau mengurangkan kesan jerawat yang ada pada muka.

Kulit Pisang

Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkan selama 5 minit kemudian bersihkan. Pastikan bukan pisang yang murahnya.

Beras

Ambil segenggam beras, rendamkan ke dalam air selama sejam. Toskan air beras dan tumbuk beras itu dengan sedikit kunyit hidup. Gaulkan dengan perahan limau nipis dan sebiji telur. Sapu pada muka macam masker. Biarkan ia kering dan bilas dengan air suam. Lakukan setiap hari. Tips Merawat Jerawat Di Muka Secara Semulajadi

Tisu dan Putih Telur

Rendam tisu pada putih telur dan tekap pada muka sehingga tisu itu kering. Cuci muka anda lepas tu. AM belum mencuba dan agak sukar untuk di amalkan kerana telur adalah bahan yang mahal untuk AM.

Daun Sirih

Ambil beberapa helai daun sirih muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan gosok pada kawasan wajah yang berjeragat. Ada lagi ke daun sirih sekarang?

Daun Betik

Ambil sedikit daun betik, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah beras kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian lembabkan muka dan gosok seperti skrub dan cuci.

Semua bahan yang digunakan ada di rumah atau sekitar rumah kita sahaja. Apa yang penting adalah kita sendiri sahaja yang menjadi pengahalang.

Kita akan lebih yakin untuk menggunakan produk yang belum pasti berkesan dan yakin mengandungi pelbagai bahan kimia yang pasti akan memberi kesan negative jika kulit muka anda sensitive.

Sebaiknya kita menggunakan bahan semulajadi untuk merawat masalah jerawat yang muncul di muka anda.

Semoga perkongsian Tips Merawat Jerawat Di Muka Secara Semulajadi ini dapat membantu sahabat AM untuk mengatasi masalah jerawat yang sering muncul di kala ianya tidak diperlukan.

Sumber: WOM via alongmisuari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*