BR1M 2018 untuk fasa 1 Telah Dikreditkan Mulai Semalam… Sila Semak Di Akaun Bank Masing-Masing Kalau Tidak Ada Maknanya Ada Kesilapan Semasa Memohon Dan Selamat Bershopingg…

Sukacita dimaklumkan tarikh pembayaran BR1M 2018 untuk fasa 1, telah dikreditkan pada petang semalam iaitu bersamaan dengan 19 Februari 2018(Isnin) . Sila buat semakan di Bank yang telah didaftarkan dan boleh bershopping….

Bantuan Rakyat 1 Malaysia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kategori Isi Rumah/E-Kasih

  • Jumlah BR1M RM1200
  • Pendapatan kasar bulanan RM3000 ke bawah (termasuk warga emas)
Fasa 1Fasa2Fasa3
RM 400RM 400RM 400
_Feb 2018_ Jun 2018_ Ogos 2018
Pautan Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2018

Kategori Isi Rumah 2

  • Jumlah BR1M RM900
  • Pendapatan kasar bulanan RM3001 hingga RM4000
Fasa 1Fasa 2Fasa 3
RM300RM300RM300
_ Feb 2018_ Jun 2018_ Ogos 2018
Pautan Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2018

Kategori Individu Bujang

  • Jumlah BR1M RM450
  • Pendapatan kasar bulanan RM2000 ke bawah
Tarikh Wang Dimasukkan
_ Feb 2018
Aplikasi Semakan: Semakan Kemasukan BR1M 2018

Penerima BR1M daripada semua kategori telah dinaikkan seperti dalam jadual di atas. Peningkatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri menunjukkan beliau sangat prihatin kepada keperluan rakyat semasa. Walaubagaimanapun, beliau menasihatkan agar rakyat yang telah menerima bantuan tersebut membuat perbenjaan berhemah dan jimat cermat.

Berikut Sebab Duit BR1M Lambat Masuk Akaun

Berikutan pengumuman kerajaan mengenai Banturan Rakyat 1Malaysia untuk mereka yang layak, semua pemohon haruslah mengemaskini maklumat melalui Online atau Manual di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bagi pemohon yang pernah menerima BR1M sebelum ini namun wang masih belum dikreditkan ke akaun pada tarikh yang diumumkan, pemohon haruslah semak punca masalah duit BR1M lambat masuk yang disenaraikan ini.

1) Hilang kelayakan berdasarkan kategori

  • Pemohon berubah status dari bujang ke berkahwin (isi rumah). Pendapatan pasangan harus dikemaskini.
  • Pendapatan pemohon melebihi RM4000.00

2) Tidak melakukan semakan dan kemaskini yang tepat

  • Pemohon menyembunyikan maklumat peribadi. LHDN mampu mengesan (trace) kesemua makluman pemohon termasuklah pendapatan pasangan sekiranya pemohon telah berkahwin.
  • Gagal menghantar borang mandatori untuk kemaskini ke pejabat LHDN seperti surat cerai, surat kematian, sijil kahwin dan sebagainya.

3) Memberikan nombor akaun bank yang salah

  • Terdapat pemohon yang memberikan akaun bank salah selepas membuat kemaskini maklumat peribadi melalui online.

4) Pemohon telah berstatus pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)

  • Bagi mereka yang menyambung pelajaran meskipun pernah menerima BR1M sebelum ini (ketika tempoh bekerja/menganggur).

5) Server bank yang mengalami masalah online

  • Apabila tiba masa pengkreditan wang ke akaun penerima, wang itu akan disalurkan ke seluruh penerima yang menggunakan pelbagai jenis bank. Akan berlaku masalah online ATM (Under Maintenance) di cawangan yang digunakan.

Proses mengurus permohonan dan mengkreditkan duit BR1M ke akaun penerima bukanlah mudah kerana tugas tersebut juga dilakukan oleh manusia. Oleh itu akan berlaku beberapa punca masalah duit BR1M lambat masuk seperti senarai di atas.

Bagi mereka yang ingin membuat aduan kelewatan duit BR1M, boleh terus menghubungi hotline LHDN atau terus hadir ke pejabat LHDN terdekat. Jangan tanya ATM atau kaunter bank. Itu bukan kerja mereka.

Talian Bebas Tol LHDNM : 1 800-88-2716

Kementerian Kewangan : 03 8882 4565 / 03 8882 4566

The post BR1M 2018 untuk fasa 1 Telah Dikreditkan Mulai Semalam… Sila Semak Di Akaun Bank Masing-Masing Kalau Tidak Ada Maknanya Ada Kesilapan Semasa Memohon Dan Selamat Bershopingg… appeared first on Himpunan Seribu Like.

Sumber : himpunanseribulike.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*