“Happy Birthday Mom” – Laudya Cynthia Bella Sambut Hari Lahir Erra Fazira

Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella menyambut hari kelahiran penyanyi Erra Fazira.

Bella membuat kejutan hari lahir Erra yang ke-44 bersama anak, Engku Aleesya dan beberapa orang teman.

Bella berkongsi video Erra meniup lilin kek hari jadinya menerusi Instagram Stories dengan kapsyen “Happy birthday Mom.”

Erra turut berkongsi video reaksi terkejutnya menerusi Instagram Stories.

“Thank you for the surprise. I didn’t know that you gonna come today,” kata Erra.

Kemesraan antara Bella dan Erra menarik perhatian peminat dari Malaysia dan Indonesia.

Sebelum ini, Erra menjelaskan dirinya tidak kekok dengan Bella yang kini menjadi isteri kepada bekas suaminya, Engku Emran.

 

‘Semoga Alquran Jadi Sahabat Dan Pendampingmu Selalu Anakku’ – Aleesya Lancar Mengaji, Netizen Puji Erra Fazira Didik Anak

Hasil perkahwinan dengan bekas suami Engku Emran, Erra Fazira telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel iaitu Engku Aleesya. Diakui Aleesya memang sangat cantik sehingga ada yang mengatakan Aleesya seiras pelakon popular Indonesia, Chelsea Islan.

Malah, kehadiran Aleesya di majlis perkahwinan bapanya dengan Laudya Cynthia Bella turut memberi populariti kepada Engku Aleesya yang mendapat tempias ibu tirinya itu. Hubungan baik Erra Fazira dan Laudya turut mendapat pujian netizen. Ramai yang kagum dengan sikap Erra yang sangat terbuka.

Kecik besor kecik besor je nengok

Terbaru, Erra memuatnaik video Aleesya sedang tekun mengaji AlQuran. Apa yang melucukan, apabila ditanya kenapa tidak mengaji setiap hari Aleesya memberikan alasan demam. Hehe comel sungguh. Erra juga sempat mendoakan agar Aleesya menjadi seorang puteri yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Selain itu Erra berharap Aleesya dapat menjadikan Alquran sebagai sahabat dan pendamping selalu. Sebak pula 🙁

 

 

 

Di ruangan komen, netizen turut mendoakan perkara yang sama buat Aleesya. Mereka sangat kagum dengan cara didikan Erra yang mengutamakan Alquran. Tambahan pula bacaan Aleesya kini sudah semakin lancar dan baik.

Alhamdulilah, semoga Aleesya menjadi seorang anak yang solehah. Comel sangat Aleesya bertudung kan.

Sumber : Instagram Erra Fazira

Kredit : Kisah Dunia & Gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*