Lelaki Terkedu Tak Jadi Amuk Bila Kereta Miliknya Dilanggar MARIA OZAWA

Lelaki Terkedu Tak Jadi Amuk Bila Kereta Miliknya Dilanggar Maria Ozawa

Namun situasi berbeza di Filipina baru-baru ini apabila seorang lelaki langsung tidak mengamuk malah tidak menuntut apa-apa ganti rugi apabila kereta dipandunya dilanggar oleh sebuah van di Edsa Avenue, Manila.

Hal ini kerana lelaki tersebut mendapati salah seorang penumpang di dalam van tersebut adalah bekas bintang porno terkenal dari Jepun iaitu Maria Ozawa.

Maria, kini berusia 30 tahun; mengakui kesilapan pemandu van dinaikinya itu telah berkali-kali memohon maaf terhadap lelaki tersebut.
Lebih memeranjatkan, lelaki tersebut hanya mengatakan: “That’s OK, Maria. It was probably my fault anyway. Also, I love you.”

Selain itu, mereka juga sempat mengambil gambar bersama-sama seterusnya menyebabkan keadaan trafik di ibu kota Filipina itu menjadi lebih sesak teruk.

Bintang terkenal itu yang dilahirkan pada 8 Januari 1986 kini berada di negara Asia tenggara itu bagi menjalani penggambaran filem seram yang dibintanginya.

Untuk rekod Maria atau lebih dikenali sebagai Miyabi pernah berkecimpung aktif sebagai aktres flem lucah popular sejak 2002 sebelum bersara pada 2010 lalu.

Semoga caj baik pulih yang dikenakan oleh lelaki itu terhadap Maria untuk membaiki keretanya yang rosak tidaklah begitu mahal.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*