Rakam Video Murid Dalam Kelas, Ustazah Cun Dikritik Langgar SOP & Tak Ada Etika


Golongan guru dipandang mulia masyarakat kerana sumbangan mereka berbakti kepada anak bangsa tidak ternilai besarnya. Tidak hairanlah wujud mutiara kata ‘guru ibarat lilin yang sanggup membakar demi menerangi orang lain’, bagi menunjukkan pentingnya peranan seorang guru.Namun, sebagai manusia, golongan ini juga tidak dapat lari dari kesilapan. Ada segelintir yang memegang peranan ini dilihat melanggar peraturan sebagai pendidik.Muatnaik video dalam kelasVideo PlayerSeorang wanita dipercayai guru memuatnaik satu video dirinya di dalam kelas ketika sedang menanda buku muridnya. Turut kelihatan di dalam video berdurasi kurang seminit itu adalah beberapa orang pelajar perempuan. Wanita berkenaan dilihat berinteraksi dengan anak muridnya sambil menanda buku yang kemudiannya dikembalikan kepada pemiliknya.Perkara itu mendapat perhatian netizen dan dikecam kerana ramai berpendapat seorang guru tidak sepatutnya merakam video anak muridnya di dalam kelas, apatah lagi menyebarkannya di laman sosial.Langgar prosedur standard, boleh dikenakan tindakan

Seorang guru mendedahkan tindakan wanita terbabit melanggar prosedur standard sebagai seorang guru. Secara profesionalnya, telefon perlu disimpan dan tidak wajar digunakan di dalam kelas.Tambahnya guru yang digelar ustazah dalam video terbabit juga menanggung risiko dikenakan tindakan undang-undang kerana memuatnaik imej dan video kanak-kanak tanpa keizinan ibu bapa atau penjaga mereka.Di mana etika sebagai guru?

Jadi viral lagi penting dari SOP

Cikgu ganti terlepas pandang peraturan

Di ruangan komen, ada mendakwa guru terbabit hanyalah guru ganti sahaja. Statusnya itu mungkin menyebabkan dirinya tidak sedar atau menyedari mengenai peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di dalam kelas.Panduan untuk guru dalam kelas

Sumber: Cikgu Puaka
Sumber : www.hantumedia.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*