Siti Nurhaliza Sudah Bersalin? Ini Pengumuman Dari Rozi Sang Dewi


Kami di Hangat.com percaya satu Malaysia tidak sabar untuk menanti kelahiran ‘Siti Junior’, cahaya mata sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dijangka pada bulan ini.

Siti Nurhaliza Sudah Bersalin?

Sebelum ini, penyanyi kesayangan ramai itu telah mengumumkan akan melahirkan cahaya mata perempuan pada pertengahan Mac dan sejak semalam khabar angin mula tersebar dengan mengatakan Siti kini sudah selamat bersalin.

Adakah benar penyanyi kesayangan ramai ini sudah bersalin? Terdahulu Siti melalui sebuah sidang media khas telah memberitahu khabar gembira beliau telah hamil setelah hampir 11 tahun menanti bersama suami, Datuk K.

Kenyataan Rozi

Menjawab spekulasi berita itu, pengurus Siti yang juga kakak iparnya Rozi Sang Dewi melalui Instagramnya memberitahu bahawa khabar angin tersebut tidak benar.

Malah Siti masih lagi aktif memenuhi jemputan acara dan Rozi turut meminta peminat untuk tidak membuat sebarang spekulasi secara melulu tanpa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Siti Nurhaliza.

“Belum, belum bersalin lagi, jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni. Masih juga sempat melapangkan waktu menyelesaikan beberapa tugasan. Saya dulu masa uruskan @ctdk, esok nak bersalin, hari ini masih bekerja keras. Siap masak nasi minyak dan menjamu rakan-rakan sekerja lagi sebab nanti akan lama berpantang, tak boleh makan macam-macam,”

Kami faham ramai yang terlalu teruja untuk mendengar pengumuman Siti sudah bersalin. Sama – sama kita doakan agar Siti selamat menjalani pembedahan untuk bersalin dan dipermudahkan segalanya.

cerita kedua

USAHAWAN kosmetik, Nur Sajat mendedahkan dia kerap menerima mesej godaan dan ayat-ayat berbaur lucah daripada lelaki tidak dikenali di laman sosial.Sajat, 32, berkata, kiriman tersebut bukan sahaja dihantar secara peribadi kepadanya malah wakil stokis dan ejen perniagaan turut menerima mesej serupa.“Sejak semakin popular ni, banyak betul mesej godaan termasuklah foto lucah yang saya terima di WhatsApp dan Instagram.“Mereka bukan sahaja hantar kepada saya, wakil stokis turut terima kiriman sama. Mungkin mereka menyangka nombor telefon yang tertera di Instagram itu nombor Sajat kut?“Bila kita tak layan permintaan mereka, mulalah jadi haters dan komen yang bukan-bukan di laman sosial tersebut,” katanya kepada mStar Online.Sajat tidak layan mesej melampau netizen.Sajat ditemui semasa sidang media Nur Sajat rated xtra @ Tonton yang diadakan di The Ame Soeur, Bukit Jalil Kuala Lumpur, pada Khamis.Program vlog yang berkonsepkan rakaman realiti mengenai kisah peribadi dan perniagaan Sajat itu boleh ditonton menerusi portal Tonton sejak 28 Februari lalu.
Sementara itu, Sajat berkata dia lebih selesa mengabaikan mesej-mesej berbentuk negatif itu dan menganggap ia hanya usikan nakal peminat.Bagaimanapun, jika individu berkenaan bertindak keterlaluan, usahawan berusia 32 tahun ini tidak teragak-agak untuk memberi pengajaran supaya mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut.Nyanyian bukan keutamaan Sajat dan dia mengakui hanya suka-suka terbabit dalam bidang ini.“Selalunya saya abaikan sahaja mesej tidak berfaedah macam itu, kalau dilayan semakin menjadi-jadi. Tak fasal-fasal nama kita juga yang buruk nanti.“Kalau melampau sangat, saya akan block (sekat) akaun tersebut dan jika perlu saya akan tularkan akaun itu sebagai pengajaran,” katanya.
Bercakap mengenai lagu baharunya berjudul Makhluk Penggoda, Sajat mengakui sudah bersedia dengan kecaman yang bakal diterimanya kelak.Dia juga tidak mahu ambil pusing dengan sebarang kritikan dan hanya mahu memberikan persembahan terbaik untuk lagu tersebut.“Lagu pertama dulu pun kena kritikan hebat, jadi untuk lagu kedua saya dah bersedia dengan sebarang kecaman.
“Biasalah kita tak boleh nak puaskan hati semua orang dan saya sertai bidang nyanyian ini hanya suka-suka. Yang peliknya, walaupun netizen tak suka, mereka tetap nak tengok kan?,” katanya.Makhluk Penggoda merupakan ciptaan Aepol Roza dan lirik Iman Imran turut menampilkan gandingan Aliff Syukri dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Sebelum ini, lagu Abang Nak Tegur yang turut menampilkan dua figura ini dikecam hebat netizen dan menerima jumlah tanda tidak suka (dislike) paling tinggi di laman YouTube.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*