“Syukur Suami Bukan Siapa2,Takyah Share2 Dengan Orang Lain”-Abby Tulis Caption Tersirat,Ditujukan Buat Seseorangkah?

Rasa lucu pula dengan caption yang di tulis dan di muat naik oleh abby Abadi ini di Instagramnya. Caption itu di katakan sangat deep sampaikan ramai makcik-makcik bawang membuat tafsiran sendiri sehingga mencetuskan banyak perdebatan di ruang komen akaun Instagram Abby.

Ketika Abby berada di Turki untuk menghantar anak sulung belajar,ada banyak gambar dan video manis yang sempat di rakam Abby. Melalui satu gambar,Abby menulis caption “Suami @jaiezzany ❤.Syukur suami bukan siapa2. Tak yah share2 dgn org lain 🙊”

Tidak sangka pula caption ringkas mengundang banyak salah faham orang ramai bila sekali baca. Ada ramai yang menyifatkan caption itu berbau sindiran di mana ianya di tuju pada bekas suami dan isterinya.

Namun ramai pula yang memback up Abby. Dek kerana ruang komen agak panas, makanya Abby pun membalas semula mana-mana komen yang berunsurkan kecaman itu.

Paling lucu, posting itu turut mendapat perhatian Norman Hakim dan dia menulis dan membalasnya dengan ayat “Tak kira I nak share dengan u jugak”

Abby menjelaskan bahawa ayat bermaksud tidak perlu berkongsi dengan orang lain adalah kerana suaminya iaitu Jai bukanlah seorang artis dan dia tidak perlu berkongsi dengan ramai orang.

Norman Hakim memang punya hubungan sangat baik dengan suami Abby. Ambik gambar pun pegang-pegang tangan you.Haha.

Kata Norman,Jai ibarat malaikat yang turun dari langit kerana sangat baik dan bersih hati.

Kredit: Kisah Dunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*