[Talbiah] Jom Baca Iktibar Disebalik Kejadian Babi Masuk Masjid, Semoga Diberi Hidayah

Menurut kitab tafsir taksiran ulama ulamak ulum berkaitan binatang yg memasukki masjid…seperti yang diceritakan oleh ustaz alzahari dari Langat Selangor…tertera kepada 3 binatang yg tidak boleh memasukki masjid dan sekitar kawasan masjid..seperti berikut:1- Babi
Jika babi memasukki masjid @ surau..tanda nya dajjal sudah habis mengorak permukaan bumi.II- Diterangkan juga iaitu masjid @ surau yg cantik ,gah dan besar, hanya iman dan bilal dan beberapa jemaah saja.III- Imam, bilal dan siak…suka membangga bangga kerja mereka buka dari sudut ikhlas tapi membanggakan diri..2- Anjing,
Jemaah bergaduh diantara sama sendiri, ajk berebut- rebut jawatan, tidak meimarahkan
masjid @ surau.3. Ular
Ditafsirkan segala dana @ harta diinfakkan tetapi tidak digunakan untuk tujuan keagamaan, kedekut, serta menyeleweng.Kesemua itu telah pun kita lihat dimana mana saja , ajk bergaduh jawatan, kedekut nak cari penceramah seperti kuliah maghrib, subuh ,duha , sumbangan kepada ibu-ibu tunggal, anak yatim piatu dan lain lain lagi.

Apabila Allah hantar 3 ekor binatang itu…hanya memberikan peringatan kepada manusia yg punya akal yg waras supaya berfikir ,terutama mengajak kerumah Allah…sesungguhnya hidup ini seperti angin yg bertiup..semasa datang kita lega tetapi apabila pergi hilang terus..mati…..JIKA BABI MAMPU BERBICARA
Aku datang ke rumahNya bukanlah atas keinginanku. Melainkan ianya adalah perintah dari Tuhanmu.
Apalah yang aku tahu. Aku hanya seekor binatang yang tak diberi akal sepertimu.
Aku ditakdirkan untuk memasuki rumahNya kerana hari ini menusia memilih kelab malam dari rumah Dia. Jadi binatang yang dikata hina seperti aku dijemput untuk datang ke rumahNya.
Itu rumah Dia. Dia yang menjaganya. Apa engkau ingat Dia buta dari melihat seekor haiwan yang perlu disamak seperti aku memasuki rumahNya?
Sedarkah kau wahai manusia. Kenapa binatang yang engkau anggap hina seperti aku dapat masuk ke dalam rumahNya? Sedarkah kau siapa yang lebih hina?
Hina aku bukanlah kerana aku berdosa. Tetapi kerana aku patuh pada perintah Tuhan. Sedangkan engkau yang merasa diri mulia, sering saja kau mengikut jejak langkah syaitan.
Engkau marahkan aku. Sedangkan aku tak berdosa. Namun mereka diluar sana yang engkau lihat melakukan kemungkaran di depan mata, engkau biarkan saja. Siapa yang lebih hina? Aku atau dia?
Aku redha jika aku mati. Aku tak akan sesali kerana ini perintah Tuhan yang perlu aku patuhi. Namun tahukah engkau bahawa di akhirat kelak aku akan dibangkitkan untuk keadilan aku dan selepas itu aku akan ditukarkan menjadi tanah selamanya. Sedangkan engkau wahai manusia, engkau akan diadili setiap perbuatan engkau di dunia dan pengakhiran engkau hanya dua.
Syurga atau Neraka.
Sedarlah engkau wahai manusia. Jangan biarkan kematianku sia-sia. Ambillah iktibar darinya. Gunakanlah akalmu untuk berfikir kenapa. Jangan nanti sampai turunnya bala, baru kau nak menyesalinya.
Selamat tinggal dariku si babi hutan. Semoga engkau semua kembali berTuhan dan tinggalkan jejak langkah syaitan.
dari page: Malaysia Viral Story , Hantu Media BeritaSumber : www.hantumedia.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*