Tiada siape yang sangke…Pelakon Yang Dulunya Popular Ini, Antara 300 Orang Artis Yang Berhutang & Diburu Ah Long! Yang Seorang Tu, Memang Tak Sangka Dia Pun Hutang Along!

Tiada siape yang sangke…Pelakon Yang Dulunya Popular Ini, Antara 300 Orang Artis Yang Berhutang & Diburu Ah Long! Yang Seorang Tu, Memang Tak Sangka Dia Pun Hutang Along!

Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia baru-baru ini mendedahkan hal mengejutkan yang mengatakan lebih kurang 300 orang artis di negara ini berhutang pinjaman haram kerana tiada job, dan kini diburu Ah Long.

Menurut Zed Zaidi, jumlah aduan terkumpul yang diterima persatuan tersebut melewati pertengahan tahun 2015 hingga 2017.

“Mereka membuat aduan kepada Seniman untuk mendapatkan kerjasama agar keselamatan mereka terbela,” katanya.

Ketika ditanya apakah punca yang menyebabkan perkara ini terjadi, Zed berkata punca pencarian sumber rezeki mereka terjejas dek kerena limpahan penggiat seni di negara ini.

“Faktor peluang yang kurang dalam industri ini diumpamakan sebagai satu pentas dikongsi dengan 10,000 penggiat seni. Jadi bagaimana mereka mahu sara diri? Apatah lagi pada masa ini terdapat lambakan graduan dari fakulti-fakulti seni yang turut mencari pekerjaan dalam industri ini.”

Tambahnya lagi, Seniman bukan persatuan untuk mencari kerja atau show kepada penggiat seni tetapi mencari peluang pekerjaan buat mereka.

“Terbaharu saya ke Indonesia bersama Seniman bagi mencari peluang untuk penggiat seni di negara ini bekerja di dalam industri negara mereka,” tambahnya.

Menurutnya lagi, anak seni negara ini perlu menjadi serba boleh agar dapat diterima dalam industri.

“Mereka perlu menjadi versatil dan multi-talented. Mereka perlu cuba pelbagai bidang dan bukan hanya tertumpu kepada satu. Mereka harus cuba menjadi penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara agar sumber pendapatan mereka bertambah,” tegasnya.

Baru-baru ini juga Metro melaporkan lebih kurang 300 penggiat seni tempatan kini menjadi buruan ceti haram di negara ini. Laporan itu turut melampirkan jumlah statistik artis yang terlibat dengan anggaran pinjaman mencecah RM10,000.

Laporan itu juga turut dicalitkan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil selepas dia menunjukkan mesej aplikasi whatsaap 300 artis hutang Ah Long sebelum bertindak menampar anggota polis dan orang awam.

Namun, lain pula yang menimpa pelakon Raja Afiq yang dulunya popular, kini terpaksa berniaga roti jala dan brownies untuk menampung hidup selepas tidak lagi menerima tawaran berlakon gara-gara terkait isu menghamilkan seorang gadis hingga melahirkan bayi hasil hubungan sulit.

Sejak gosip itu bertebaran hampir tiga bulan lalu, tawaran berlakon mula menjauhi apabila namanya digugurkan pada saat akhir.

Justeru, sehingga kini memaksanya mencari sumber pendapatan lain untuk menanggung keluarga.

“Saya tidak malu menjual roti jala dan brownies di gerai untuk menampung hidup. Saya juga menerima tempahan di laman sosial dan sanggup menghantar sendiri kepada pelanggan.

“Alhamdulillah, biarpun tidak banyak, sekurang-kurangnya ada rezeki yang masuk. Tiada guna saya terus menyalahkan takdir yang tertulis.

“Saya harus bangkit demi keluarga. Menangis air mata darah sekalipun, saya harus meneruskan hidup. Saya bukan orang senang, selain turut menanggung keluarga.

“Apa yang akan mereka makan jika saya terus meratapi nasib? Komitmen lain seperti kereta dan rumah juga harus dibayar,” katanya dalam nada hiba.

Katanya, selama ini, dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu melayan isu panas yang tidak mempunyai kaitan dengannya.

“Tidak sangka tindakan itu membuatkan saya menjadi mangsa hingga kerjaya lakonan hampir terkubur. Saya tidak tahu apa salah dan silap saya.

“Gosip itu terlalu kejam hingga ada yang menganggap, saya berperangai buruk seperti itu. Ia juga ibarat penganiayaan apabila periuk nasi saya ditabur pasir,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*