Umie Aida Dedah Permintaan Keluarga Ketika Pertunangan Betty Rahmad Buat Semua Terkedu !

Pelakon Umie Aida mendedahkan kakaknya Erma Fatima, telah membuat permintaan luar jangkaan kepada adik iparnya ketika majlis pertunangan Betty Rahmad pada September lalu.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Umie Aida berkongsi video Erma menyebut hantaran yang diminta daripada pihak lelaki.

Menurut Umie, kedua-dua belah pihak keluarga terkedu selepas Erma meminta adik iparnya, Damis perlu membaca atau khatam senaskah al-Quran sebelum bernikah dengan Betty.

Umie memberitahu lebih mengejutkan apabila dengan tenang, Damis terus bersetuju dengan permintaan Erma.

Jelas Umie, dia faham apa yang cuba dilakukan akaknya. Erma hanya mahu melihat kesungguhan Damis untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada adik bongsu kesayangan mereka.

Rata-rata pengikut IGnya kagum dengan permintaan Erma itu kerana zaman kini ramai yang meletakan wang yang tinggi sebagai hantaran.

Betty dan Damis selamat bernikah pada 6 Februari lalu.

Tinggal beberapa jam lagi kita bakal meninggalkan tahun 2017, pelbagai azam mula disemat termasuk penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima.

Erma menerusi Instagramnya memberitahu dia berikrar untuk tidak lagi membeli barangan berjenama melainkan dua jenama yang menjadi pakaian hariannya iaitu Nike dan Adidas.

“Inilah alatan masa kini yang akan menjadikan kita riak!

“Saya berikrar tidak akan membeli beg, kasut dan sebagainya yang berjenama selepas ini, kecuali Adidas dan Nike kerana ia adalah kasut harianku.

“Tiada lagi barangan berjenama… Tiada lagi pembaziran!” tulisnya.

Sementara itu, tambah Erma tahun 2017 banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam hidupnya.

“2017 hampir meninggalkan aku, terlalu banyak kenangan pahit dan manis. Apapun, syukur ke hadrat Allah kerana masih mengizinkan aku menghidu bauan syurga dunia-Nya.

“Terlalu banyak ibadat terabai kerana kerja-kerja dunia, kurniakan aku kekuatan agar dapat melawan bisikan syaitan.

“Aku akan pastikan tidur sebelum pukul 12 tengah malam supaya kesihatan terjamin. Setidak-tidaknya aku dapat hidup lama sikit untuk menyelesaikan tanggungjawab aku yang tersisa.

“Dah jadi janda, tanggungjawab makin besar,” tambah Erma.

Tahun 2017 menjadi titik baharu Erma selepas sah bercerai dengan bekas suaminya, Bade Azmi pada 17 Ogos lalu selepas 26 tahun mendirikan rumah tangga.

Namun, tahun 2017 juga melakar sejarah bagi Erma apabila drama Pesan Dari Tuhan terbitannya dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2017 dan membolot tiga trofi pada November lalu.

Malah, jenama pakaiannya, Mak Cun berjaya merintis jalan ke Torino Fashion Week, Itali pada Jun lalu.

Foto/video: Instagram Umie Aida

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*